Thursday, September 30, 2010

Senarai kedai makan yang ade jual mee bandung...let try!!!!

Berikut adalah senarai kedai makan yang ade menu mee bandung yang telah dikongsi oleh rakan-rakan dalam fanpage Facebook 'peminat mee bandung muar/resepi asli bandar maharani'..Thanks a lot..Semoge ia menjadi rujukan kita bersama..

1. MEE BANDUNG MUAR,di kubah ria baru gerai no 29, Kuching Sarawak.
2. Sesape yd dok kat Klang Valley,klu nak cuba mee bandung Muar yg sedap boleh pegi
kat depan IPD PJ.(kat PJ New Town)Gerai kedua dr hujung.
3. Manaf Satay... lokasi lot shop kanan di simpang masuk jln ke sek men teknik
PD... sebaris dgn bangunan MPPD bhg penguatkuasa....Port Dickson,Negeri Sembilan.
4. 'selera kampung' seksyen 9...Shah Alam, Selangor.
5. r&r pagoh & dataran pagoh
6. Warung Mee Bandung Central..
Tmn Tun Syed Nasir, Tanjung Agas..
Depan Sekolah Sains Muar..Muar
7. Kedai mkn di batu 2, pt. bunga, muar
8. MEE BANDUNG ABG SAYANG,NO2 HENTIAN BAS MAHARANI, Muar
9. Restoran pak hj hamid no 19, jalan 3/12, bandar seri putra bangi
10. Mee bandung muar special kat stesen bus tangkak..
11. Mee bandung muor (kt KL) d pasar moden gombak
12. Restoren Manisah...Prt Jawa,Muar
13. Kat jln temenggung ahmad muar area nak dekat bandar tue sebelah petronas if dr
bandar muo jumpe petronas dulu blah kiri n lepas petronas tue ade warung
kecik.Muar.
14. Warong Pak Halim Husin Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad, Sebelah Zaidi Motor
15. Area jalan menghala ke jasin tu..dekat JKR depan MDT(Majlis Daerah Tangkak).ada satu
kedai makan.
16. Mee Bandung di Jalan Abdullah depan Kim Leng Cafe Muar
17. Mee bandung pak aziz dolmat Kuala Lumpur
18. Mee bandung di gerai taman Desa jaya, Johor Bahru,
19. Mee bandung di Kg. Melayu, Johor Bahru.

Tuesday, September 28, 2010

Bingkisan mee bandung muar

Bandar muar dikenali juga sebagai bandar maharani. Dulu, daerah muar agak luas. Tapi sekarang sebahagiannya telah terpisah dan dikenali sebagai daerah ledang. Masyarakat Muar amat sinonim dengan MEE BANDUNG MUAR. Sebut sahaja mee bandung muar, majoritinya akan tergambar kesedapannya dan tahu bahawa ia berasal dari Muar. Bila mengunjungi bandar muar,orang ramai juga tidak akan melepaskan peluang menikmati mee bandung muar. Banyak kedai makan sekitar muar, umumnya ada menyediakan menu mee bandung muar.

Monday, September 27, 2010

Perencah mee bandung maharani


Perencah Mee Bandung Maharani

Resepi asli dari Jalan Junid, Muar
Keluaran bumiputra dan dijamin halal.
Mudah disediakan untuk seisi keluarga dan sebarang majlis.
Hidangan untuk 6 hingga 8 orang sepeket
Hanya RM9.00 sepeket tidak termasuk kos penghantaran
Penghantaran percuma sekitar kawasan JB iaitu Bandar Baru Uda dan Larkin(minima 2 peket).

Asal-usul mee bandung muar

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.[1] Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.[2], [3]

Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Mi_Bandung