Monday, September 27, 2010

Asal-usul mee bandung muar

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.[1] Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.[2], [3]

Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Mi_Bandung

1 comment:

  1. jika ada peminat mi bandung muar di Pasir Gudang boleh cari di Jalan Tembikai 10, Kota Masai. Ada akak tu sebelah wira a/b hitam JHQ5322 jual Mi Bandung Muar sahaja..sebungkus RM4.00. (bungkus sahaja)Operasi jualan 6.00pm-9.00mlm sahaja. Memang limited. Rasa seperti makan di muar..Nak tempah awal pun buleh .Call saja 013-2826549..biasanya habis awal.Namanya Kak Mas Bandung.

    ReplyDelete